Tentang Kami

Previous

Next

TENTANG KAFA ONLINE HATIMURNI

KAFA Online Hatimurni bermula semasa
pandemik COVID-19, ketika dunia berhadapan dengan cabaran penutupan sekolah dan
pembelajaran secara fizikal yang terganggu. Melalui platform digital, Hatimurni
berjaya menyediakan pendidikan agama secara berterusan kepada anak-anak berusia
7 hingga 12 tahun, menggunakan modul yang diakui oleh Jabatan Agama Islam.
Program ini merangkumi pembelajaran Mengaji & Hafazan, Bahasa Arab, Jawi,
Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah dan Fardhu Ain seperti praktikal Solat, Praktikal
Haji, Pengurusan Jenazah, dan lain-lain. 
Selepas pandemik, permintaan terhadap
KAFA Online tetap tinggi kerana ramai ibu bapa melihat kemudahan dan
keberkesanan pembelajaran secara dalam talian. Antaranya, faktor seperti
kesesuaian masa, kemudahan akses dari rumah, dan fleksibiliti pembelajaran
menjadi penyumbang utama. Ibu bapa juga lebih memilih platform ini untuk
anak-anak mereka yang mempunyai kekangan lokasi atau masa, terutamanya yang
tinggal di luar bandar atau di luar negara. 
Pada tahun 2024, KAFA Online Hatimurni
telah membantu hampir 600 pelajar, termasuk dari negara-negara seperti United
Kingdom, Qatar, Abu Dhabi, Australia, Kanada, Thailand, Filipina, dan
Argentina. 
Melangkah ke tahun 2025, Hatimurni
bersedia memperluaskan lagi kelas KAFA Online dengan menambahkan bilangan guru
terlatih dan memperkukuhkan pengalaman pembelajaran digital yang lebih
interaktif serta menarik, bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang terus
meningkat.
 

Misi & Visi

VISI
Meletakkan kembali
Hatimurni ke dalam masyarakat.

MISI
Menyediakan proses pendidikan holistik yang memupuk bakal pemimpin masa
hadapan agar seimbang dari segi rohani dan jasmani.

SEJARAH HATI MURNI

Alhamdulillah, idea ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan ibubapa setempat. Telah banyak proses pembangunan yang hatimurni lakukan demi memenuhi tanggungjawab ini. Ibubapa yang berpuas hati telah mula bercerita “mouth to mouth” tentang pakej perkidmatan kami.

Tanggal November 2007, Hatimurni telah didaftarkan dengan nama Pusat Kecemerlangan Hatimurni. Nama ini dipilih oleh pengasas Hatimurni Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami, Engku Ahmad fadzil.
Tercetus idea penubuhan hatimurni bermula dari penawaran oleh seorang rakan yang berkunjung ke rumah kami. Beliau menawarkan kepada kami untuk membeli perniagaan sekolah yang diusahakan di Ampang. Lokasi strategik dan pelajar pun sudah ada,cuma agak masalah untuk kami yang tinggal bukan di Ampang. Kerja-kerja akan menjadi sukar terutamanya untuk pengurusan operasi.
Kami memilih untuk menubuhkan sekolah kami sendiri. Alhamdulillah premis dan lokasi ditemui. Kami pilih konsep untuk Kelas Mengaji, hafazan dan Fardhu Ain. Pemilihan ini berdasarkan pemerhatian kami tentang keperluan untuk memenuhi permintaan masyarakt setempat bagi memastikan anak-anak pandai mengaji.

Puan Siti Khadijah Mohni
(M.A in Business Administration, Universiti Utara Malaysia)(B.A in Sharia & Islamic Jurisprudence, Universiti Jordan)Pengasas & Ketua Pengawai EksekutifTijarah Hatimurni Sdn Bhd.

TEAM HATIMURNI

USTAZ ZULKARNAIN BIN RAMLAN

NURUL FARHANA BINTI SALIM

USTAZAH ZEHA HANIFA BINTI JUBIR 

USTAZAH NUR ANIS ADILLA BINTI MD ZAIKI  

NUR SUFIA ATHIRAH BINTI SAIFULLIZAN

USTAZAH NUR SAASHA
SHABILA BINTI KAMARUDIAN

USTAZAH BASHIRATUL
AINA BINTI MOHAMAD 

USTAZAH NUR IRHAMNI
MUSFIRAH BINTI AMRAN 

Alamat Hati Murni

HQ Kuala Lumpur34E-2-5, Jalan Wangsa Delima 6Seksyen 5, Wangsa Maju53300 Kuala Lumpur MALAYSIA

Hubungi kami

+6013 304 4225

sales@hatimurni.com.my

On a Map